Manusia yang ada sifat takut didalam hati mereka berbeza dengan mereka yang tidak mempunyai perasaan takut. Perasaan takut inilah menjadikan benteng bagi orang-orang yang beriman daripada hanyut melakukan maksiat di atas muka bumi ini, kerana mereka mengetahui segala tingkah laku, tutur bicara dan semua perkara diperhatikan oleh Allah swt.
Firman Allah swt :
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Maksudnya :Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya. (Qaaf 18
Jika kita memperhatikan dan memikirkan tentang kebesaran, keagunganNya, kejadian makhluk, tumbuh-tumbuhan dan segala isi dunia ini. Begitu juga alam akhirat yang telah dijanjikan dengan nikmat, balasan, siksaan, hari pembalasan, titian sirat, amal timbangan, syurga dan neraka. Disebut pula padanya tentang keadaan bagi ahli neraka dan ahli syurga, sudah cukup bagi kita untuk merasa takut kepada Allah swt.
DIANTARA DALIL YANG MENUNJUKKAN SESEORANG HAMBA ITU TAKUT KEPADA ALLAH.
- Adakah kamu merasa takut bila memikirkan tentang sifat dan segala ciptaan Allah swt ?
- Adakah di dalam doa, pernah engkau berdoa (wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkanlah hati-hati kami atas agama Mu) ? يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
- Adakah ketakutan kamu itu menghalangi kamu daripada melakukan perkara yang haram, walaupun dalam keadaan berhajat ?
- Adakah kamu merasa takut bila memikirkan tentang dosa-dosa yang lepas dan yang akan datang ?
- Adakah kamu menahan diri dari melakukan maksiat keranan takut akan balasan Allah dan siksaanya ?
- Adakah kamu takut mati dalam keadaan bukan islam ?
- Adakah kamu merasa takut tentang kematian,azab kubur dan hari akhirat nanti ?
Jika semua persoalan di atas di jawab dengan YA, insya' Allah kita akan memperolehi hasil yang baik dan kejayaan mendapat syurga Allah swt dengan izinnya.
Dalil-dalinya :
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Maksudnya :Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (Ar-Rahmaan 46)
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى
فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى
Maksudnya :Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu.
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (An-Naazi'aat 40,41)
يَاأَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لاَ يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلاَ مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلاَ تَغُرَّنَّكُمْ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلاَ يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Maksudnya :Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah.( Luqman 33)
وَأَنذِرْ بِهِ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْ يُحْشَرُوا إِلَى رَبِّهِمْ لَيْسَ لَهُمْ مِنْ دُونِهِ وَلِيٌّ وَلاَ شَفِيعٌ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Maksudnya :Dan berilah amaran dengan Al-Quran itu kepada orang-orang yang merasa takut bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa. (Al An'aam 51)
مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى
إِلاَّ تَذْكِرَةً لِمَنْ يَخْشَى
Maksudnya :Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah. (Taha 2,3)
اللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ كِتَابًا مُتَشَابِهًا مَثَانِيَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَى اللَّهِ يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ
Maksudnya :Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. (Az-Zumar 23)
فَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
Maksudnya :maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam". (Al- Baqarah 132)
Oleh itu marilah sama-sama kita memelihara diri dari tipu daya syaitan dan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah swt, dengan mentaati segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya dalam keadaan sekali manapun.
Sabda nabi saw :
السبعة الذين يظلهم الله في ظله يوم القيامة فذكر منهم: رجلا دعته امرأة ذات حسن وجمال فقال: إني أخاف الله رب العالمين. رجلا ذكر الله خاليًا ففاضت عيناه.
Maksudnya : 7 golongan yang mendapat naungan di akhirat nanti dan tiada naungan selain naunganNya, diantaranya : lelaki yang diajak oleh seorang perempuan yang cantik untuk melakukan maksiat, lalu lelaki itu ber kata : sesungguhnya aku takut akan Tuhanku. dan seorang hamba yang berdoa (mengingati Tuhannya) sehingga mengalir air matanya kerana takut.
Wallahua'lam……